UiTM Cawangan Negeri Sembilan

UiTM Cawangan Negeri Sembilan ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas tiga kampus UiTM di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Seremban 3 dan Rembau.